<$BlogRSDURL$>

usaha atas iman

dakwah iman & amal, karkuzari kerja, takazah, dakwah dan tabligh, bayan dan targhib....

Tuesday, January 27, 2004

Laporan 40 hari jemaah student Jepun ke Pakistan.( Julai 2003 )

by Nazri Mohamad.

Assalamualaikum wbt.
Segala puji bagi Allah pemelihara sekelian alam,selawat dan salam atas Rasul junjungan saw, para sahabat rahum,
para tabiin rahmatu dan seluruh muslimin dan muslimat dan mukminin mukminat
Alhamdulillah... berkat doa tuan-tuan dan dengan izin Allah taala dan rahmatNya keatas hambaNya
yang jahil lagi lemah ini , Allah taala telah pilih kami berlima untuk khuruj dijalan Allah
taala ke Pakistan. Saya dan Safri bertolak pada 20 Julai sementara Bukhari,Zuhairi dan Haniff pada 5hb ogos.
Dan 3orang lagi keluar 4 bulan - Sazali, Salehudin dan Fakhrul.
Setibanya kami di Lahore Airport, 4 org istiqbal menunggu, masyaAllah mesranya mereka seperti dah lama kenal.
Kami dibawa ke masjid berhampiran dengan airport dan keesokan harinya dibawa ke maskas Raiwind. Di Raiwind kami
dapat karkuzari bahawasanya pada setiap hari lebih kurang 7000 orang berada dimasjid. 100-150 jemaah
dibentuk untuk Khuruj fi Sabilillah pada setiap hari, ditambah lagi dengan jemaah yang tidak putus-putus
datang dan pergi. Kami berasa seolah-olah kami berada di zaman sahabat,amal dalam masjid hidup 24jam,
suasana dakwah, taklim wa taklum, zikir ibadat dan khidmat.
Setiap hari selepas Subuh kami dengar bayan (ceramah) yang disampaikan oleh Bhai Wahab dan kadang kala
Maulana Jamsyik. Isi kandungan bayan cukup meransangkan kami untuk menjadikan dakwah sebagai
maksud hidup kami. Di Raiwind, eldest(orang lama dalam usaha dakwah ini) sangat menekankan maksud hidup....
KHALIFAH ALLAH,NAIB NABI dan WARIS QURAN.
Pada setiap malam pula, ketika bacaan kitab hayatussahabah, Maulana Ihsan sangat menekankan solat tahjud dimalam hari.
"Orang yang jadikan dakwah sebagai maksud hidup dia tidak tidur malam, mereka tahajjud"
Seorang Maulana berpesan, kalau esok kita nak pergi jumpa si A, malam sebelum tu kita kena sebut nama dia dalam
tahajjud kita. Bhai Wahab beritahu semasa Maulana Yusuf nak buat jaulah, dia akan iktikaf dimasjid pada malamnya.
Kita jumpa orang dengan penuh sangka baik, tidak lihat buruk orang dan kita kena rasa org yang nak jumpa itu
sangat berpotensi dalam usaha agama.
Tuan-tuan,
"Perkara IMAN adalah asas dalam kehidupan, bila iman dan yakin kita betul, tidak ada apa yang boleh terkesan dengan
hati kita. Tentera, harta, kerajaan..semuanya tidak akan bawa kesan kepada kita bilamana hati kita hanya ada Allah.
Kita kena takut pada Allah dan ajak orang takut pada Allah..Allah suci dari keaiban, Allah cipta benda dengan kudratnya,
Dia yg mempunyai ilmu yg sempurna..lagi dan lagi kita kena dakwah kebesaran Allah sampai ia masuk dalam
lubuk hati kita..dan berkubu..biar hati kita hanya ada Allah..hati kita akan berkata Allah...bila sakit datang..
ALLAH,bila lapar datang...ALLAH, bila susah datang...ALLAH,kita kena doa supaya Allah taala hidupkan suasana pada
zaman sahabat dulu pada zaman sekarang....."
Banyak lagi bayan eldest yg sempat saya tulis...
Hari ke-4 dimarkas Raywind kami telah di ajak oleh 2org ustaz iaitu Ustz.Lokman dan Ustz.Abu Mustafa untuk khuruj bersama
mereka.Kami akan Khuruj sebagai Jemaah Nusroh. Kami akan "nusroh" jemaah pedal setahun (jemaah berjalan kaki).
Sebenarnya satu jemaah orang alim seramai 8 orang semuanya telah dibentuk dari Malaysia untuk Khuruj selama setahun
di India, Pakistan dan Bangladesh.Mereka ialah Ust.Azmi, Ust.Johari, Ust.Hafiz, Ust.Ashari, Ust.Ismail, Ust.Abdul Fatah,
Ustz.Lokman dan Ustz.Abu Mustafa.
Kami dengar kalkuzari bahawasanya sekarang ini terdapat 600 jemaah pedal yang sedang bergerak
di seluruh Pakistan. Dari utara,timur,selatan,barat..seluruh pelusuk Pakistan dihantar.
Jemaah yg kami mahu nusroh itu pada ketika ini berada di Gilgit iaitu berhampiran dengan sempadan China dan Afganistan
(paling utara di Pakistan).
Subhanallah,untuk menjejaki jemaah pedal tersebut memakan masa 4 hari. Dari raiwind ke Bakhramandi, Mansera, Besham,
Gilgit dan Yasin..hidayat tuan-tuan perjalanan kami..terasa seperti nak separuh syahid saya.
Bayangkan kami bergerak dengan van di lereng bukit selama 7jam....bukit batu yang mana dibawahnya
100,200 meter mengalir laju sungai Indus, ditambah lagi dengan jalan lereng bukit yang sempit, sedikit sebanyak menyeramkan kami.
Cuaca yang panas, dahaga, dan sebagainya..tapi itu semua tarbiyah dari Allah taala..
Baju kami yg putih menjadi kuning..tapi tuan-tuan.. " Tubuh mereka yang dilekati dengan debu-debu ketika di jalan Allah
tidak akan disentuh api neraka hatta asapnya sekalipun"...sahabat r.ahum dulu hanya dengan menunggang
unta sahaja, tidak ada jalan raya , mereka redah hutan rimba..ALLAHUAKBAR..........
Dalam perjalanan kami menjejaki jemaah tersebut kami sempat singgah dan bermalam di beberapa tempat.Besham adalah salah
satu di antaranya. Di Besham, bila saja azan berkumandang semua orang tutup kedai. Mereka terus ke masjid,
sampai sehinggakan orang yang enggan menutup kedai mereka boleh dimarahi..inilah terjadi bila usaha agama hidup.
Teringat saya kisah sahabat yang tinggal memasukkan satu sahaja lagi batu untuk menyiapkan rumahnya tetapi kerana
azan telah pun berkumandang, maka beliau terus tinggalkan pekerjaan tersebut. Malam itu kami menginap
di hotel Mountain View milik karkun di situ. Makanan pun standard hotel, nusroh Allah taala.....
Kami teruskan perjalanan untuk menjejaki jemaah pedal tersebut dan akhirnya kami bertemu dengan mereka
di Gilgit. Subhanallah, banyak karkuzari menarik yang kami dapat dari jemaah ini.
Jemaah ini pernah terpaksa berjalan lebih kurang sebulan lamanya diatas salji sahaja. Masjid tidak ada. Mereka
menggunakan khemah mereka sebagai tempat berteduh. Pernah juga jemaah ini sampai ke tempat tentera.
Mereka minta salah seorang dari tentera ini untuk menjadi rahaba pada mereka, tapi tidak siapa yang bersedia.
Allah Maha Kuasa, Allah telah hantar seekor anjing untuk mereka sebagai rahaba. Tuan-tuan yang mulia,
Allah taala boleh gunakan apa saja untuk agamaNya.
Masjid Nuh, Masjid Murkha, Masjid Rahmat, Masjid Quba, Masjid Utsman adalah antara masjid yg telah kami ziarahi
dan buat usaha disana. Masyaallah pemandangan kat sana sangat cantik...bukit batu, air terjun,
air mineral yang keluar dari celah batu tak henti-henti, buah buahan segar seperti aprikot, epal, cerry, albukhara..
habis semuanya kami sebat..nikmat tak terhingga ..itu baru buahan kat dunia ,kalau di syurga, lagilah.
Masjid-masjid di kawasan ini kecil. Di bina daripada batu bukit dan tanah.Kehidupan mereka serba sederhana,
tak perlu pikir pasal bil air, rumah, kereta. Makanan pun simple sahaja. Kebanyakan kampung yang telah kami pergi
mempunyai orang Islam sekitar hanya 5 hingga 10 buah rumah. Pernah juga kami ke kampung yang mana penduduknya
100% solat jemaah di masjid dan 5 amal jemaah masjid hidup. Kedatangan kami disambut dengan kari ayam,
lecy(yougurt masam),buahan segar,roti nan. Walaupun mereka miskin tapi mereka muliakan tetamu mereka.
Pada 2 Ogos, jor telah di buat di masjid Sandi. Masjid tidaklah begitu besar tetapi bertindak
sebagai masjid besar di kawasan ini. Di jor tersebut 2 jemaah pedal setahun
berkumpul di masjid tersebut dan kalkuzari kerja mereka di bentang. Ini termasuklah jemaah pedal yang saya
sertai ini. Sepanjang jemaah ini Khuruj, mereka telah membentuk 1 jemaah setahun, 60 org utk 4bln/40ari
dan lebih kurang 200 orang cash 3 hari.
SUBHANALLAH..satu lagi perkara yang dapat saya belajar ialah SIFAT IKRAM. Beg-beg kami mereka bawakan,
makanan kami mereka sediakan, air panas disediakan, Amir sab jemaah sepanjang masa khidmat,satu org sakit
semua pakat risau dan ambil berat, malam-malam sebelum tidur mereka picit kaki kami,
murah senyuman mereka pada kami. Sepatutnya kami berempat ini yang nusroh mereka tetapi kami pula yang dinusroh.
Akhirnya kami pasrah dengan IKRAM mereka yg sangat tinggi.
Dari masjid ke masjid kami jalan kaki. Kalau setakat 5,7,8 kilometer berjalan kaki itu sudah jadi perkara biasa.
Berjalan setengah jam berhenti rehat. Ketika itu bila dapat air...SUBHANALLAH nikmat tak terhingga.
Baru faham nikmatnya air kosong .
Tanggal 13 Ogos, bermulalah satu perjalanan yang begitu mujahadah bagi kami. Route yang seterusnya adalah Chitral. Untuk ke Chitral Kedua-dua jemaah pedal perlu merentasi banjaran Thui Ann, banjaran yang tingginya kira-kira 4000 meter. Sebelum ini kami hanya berjalan kaki
sekitar 2 jam sahaja, tetapi pada kali ini perjalanan ke masjid Thui, masjid yang terdekat dengan banjaran Thui Ann
memakan masa 5jam. Dari masjid Thui Ann, kami tasykil beberapa orang tempatan untuk jadi rahaba kami ketika
merentasi banjaran nanti. Dari masjid Thui, kami menuju ke kaki banjaran. Perjalanan memakan masa hampir setengah hari
berjalan kaki. Kami akan bermalam dahulu di kaki banjaran sebelum mendaki.
Bila sampai di kaki banjaran, ais dari atas bukit kami dijadikan ABC untuk membasahi tekak. Nikmat betul dapat makan
ABC. Selepas makan kami dengar ada jemaah dapat tangkap ikan dengan tangan....SUBHANALLAH..ditepi tempat kami
dirikan khemah ada sungai INDUS yg lebarnya lebih kurang 20 meter. Air mengalir 60km/jam...di tepi sungai terdapat
batu-batu besar. IKAN TELAH DATANG MENGHAMBAKAN DIRINYA..jemaah nampak ikan datang dan terus tangkap dengan tangan sahaja.
Panjangnya adalah sepanjang lengan tuan-tuan. Mendengar sebegitu, terus saya teringatkan kisah sahabat yang mana
Allah telah hantar ikan ambar untuk sahabat hingga sahabat dapat makan selama 14hari. TUAN-TUAN yang mulia,
tidak mustahil tuan-tuan, tidak mustahil, bila kita buat kerja dakwah dengan cara yang haq, cara yang sama,
mujahadah yang sama dengan apa yang di buat oleh Nabi saw dan sahabatnya, maka ALLAH swt akan turunkan nusroh. ALLAH taala dengan cash sempurnakan kehendak sahabat rahum. Sahabat rahum masuk hutan, semua binatang telah lari sehinggakan singa rela dijadikan
rahaba. Eldest beritahu bahawasanya 4 kurnia yang akan diberi bila kita ambil betul-betul kerja ini.
1.Allah taala akan bersama mereka
2.Semua makhluk akan tunduk dan taat pada kehendak mereka.
3.Keberkatan daripada langit dan bumi akan diperolehi.
4.Kemenangan di pihaknya.
Panjang huraiannya setiap satu, kalau tuan-tuan nak tahu huraian tersebut, kemas beg keluar 4bulan, boleh Insyaallah?
Keesokan harinya, tanpa membuang masa khemah dirobohkan, sarapan hanya sekadar chai dan sedikit roti, itulah
persediaan kami untuk mendaki banjaran Thui Ann. Kami terpaksa berjalan diatas glacier(air batu keras macam bukit
air batu). Tak silap saya lebih kurang 11km kami berjalan diatas ais..hidayat betul...satu perkara yg berbahaya disini
ialah bukit ais ini bila-bila masa sahaja boleh merekah. Bila merekah, kedalamannya adalah 1km jauh bawah tanah.
Sehingga satu masa, kami terpaksa berjalan dipuncak anak bukit yg mana lebarnya cuma 50cm (setengah meter).
Kalaulah tergelincir, nescaya akan jatuh 100 meter ke bawah. Bukitnya curang 75 darjah. Sekali saya terkuis
batu dan batu itu tergolek jatuh kebawah. Selamat, mujur bukan saya yang jatuh.
Mendaki banjaran ini merupakan suatu perkara yang tidak mungkin saya lupakan. Ketika ini tidak ada makanan, tidak ada air minuman,
tenaga pun semakin berkurang. Yang tinggal hanya IMAN YAKIN PADA ALLAH TAALA sahaja.
Saya dakwah diri saya bahawasanya bukan makanan beri tenaga, bukan minuman hilangkan dahaga, semuanya dari engkau ya ALLAH.
Peluh habis membasahi kurta. Asbab cuaca yang sejuk, hidung saya terkeluar sedikit darah.
Air ya ALLAH, air ya ALLAH...kami jumpa satu pokok renek kecil. Kami patahkan daunnya lalu
kami kunyah dan hisap air yg ada. Itulah sedikit air yang ALLAH taala berikan pada kami.
Jalan 10/20 langkah, terbonkang. Kalau begilah mujahadahnya maka memang layaklah Allah taala kurniakan
kepada salah seorang ahli jemaah pedal ini mimpi bertemu dangan Salman AL-Farisi sewaktu berjaulah. Mimpi yang cukup mahal.
Kami nak rehat tetapi takut tertinggal di belakang. Mereka (org pakistan), kuat betul. Sudahlah beg-beg kami dibawakan
mereka, tambah dengan beg mereka sendiri, tetapi masih mampu untuk berjalan laju. Kami yang hanya bawa
badan...ALLAHUAKBAR..itu pun tak larat. Siapa yang bagi kuat...ALLAH yang bagi,semua dari ALLAH.
Kita makhluk berhajat pada ALLAH..sedikitpun ALLAH taala tidak berhajat pada kita.
Kalau di kaki bukit sebelumnya, melihatkan roti yang hancur tidak berselera nak makan tetapi bila sudah
hilang tenaga memanjat bukit glacier ini tengok roti hancur macam tengok ayam KFC. Baru rasa nikmat roti hancur.
Semasa merentasi bukit glacier tu juga kekadang kami terpaksa melompat rekahan-rekahan glacier.
Bila jengok kedalaman rekahan tersebut....INNALILLAH..silap haribulan boleh syahid masuk dalam rekahan ini.
"YA ALLAH jangan syahidkan aku lagi ..aku nak balik buat usahadi Jepun..".
7 jam kami berjalan di atas air batu dan di cerun banjaran akhirnya kami sampai di puncak banjaran Thui. Sesampai di puncak , apalagi terus terbonkang keletihan. 2 minit selepas tu salji telah turun. Dalam 2 minit kemudian salji telah berhenti......ALLAHUAKBAR.....sedap hati bila kejayaan sampai di puncak di hiburkan dengan rintikan salji. "Ya aiyuhannas, qulu Laailahaillallah, tuflihun", itulah laungan Ustaz Lokman terhadap gunung-gunung bersebelahan menunjukkan perasaan puasnya menawan puncak Thui Ann.
Di puncak semua jemaah berehat, sembahyang, ada yang baring-baring, dan ada juga beberapa orang rahaba yang minta izin ntuk balik, Mati-mati saya ingatkan perjalanan untuk hari ini hanya setakat ini sahaja, rupa-rupanya kena jalan lagi. Tapi Alhamdulillah, kali ini tidak letih sangat sebab turun banjaran. Oleh kerana beg saya berat sangat..saya baling ke bawah, tergolek sampai 200 meter ke bawah. Ringan sikit badan.
Selepas 1 jam barulah kami sampai di tanah lapang yang sesuai untuk berkhemah . Malam tu Ustaz Lokman yang menjadi amir Sab jemaah nusroh ini demam. Malam itu sejuk betul. Kadang-kadang terdengar rekahan batu air batu seperti guruh..MASYAALLAH.
Keesokan harinya, kami kena berangkat ke Citral . Selain berjalan di atas batu besar dan batu kecil, kami juga kadang-kala terpaksa melintas sungai-sungai kecil. Sekali saya terpijak batu licin dan terjatuh ke dalam sungai yang dalamnya setakat bawah lutut, keluar saja dari sungai yang sejuk ini, kaki dah naik beku, tak boleh jalan 5 minit. Tapi mujurlah mereka yang ada membantu saya. Lepas itu kaki saya buat hal lagi - sakit buku lali. Ujian dari ALLAH..yg memberi sakit,sembuh,susah,senang..semua ALLAH..kita makhluk tidak ada pa-apa. Si SAP (Safri) pulak melecit kaki.
Selepas 3jam kami berjalan, barulah berhenti rehat. Di sini kami berempat (jemaah nusroh) bermesyuarat, memandangkan tempoh kami bersama dengan jemaah pedal sudah tamat, maka kami ambil keputusan untuk berpisah di sini dan balik ke Raywind (16 Ogos). Kami saling, bersalaman dan berpelukan. Genangan air mata jemaah mengharukan saya. Setiap raut wajah mereka, suara mereka, senyuman mereka, tidak mungkin saya lupakan. "Mey chota ikram. Ap bahut khidmat, bahut ikram, iman masbuk".
Sebagai pemberian dari pihak kami, satu ekor kambing yang di beli dari penternak di sekitar itu dibeli dan dihadiahkan kepada jemaah ini.
Kami berjalan dengan ditemani olah dua orang rahaba menuju ke tempat yang ada kenderaan untuk di sewa. Di sebabkan tempat yang hendak di tuju itu jauh maka rahaba mengambil keputusan untuk bersama kami di separuh jalan . Asbab kami tidak larat bawa barang banyak, maka kami sewa keldai dengan harga hanya 100 rupee sahaja. Jalanlah kami dengan si keldai. Itulah kali pertama dalam hidup saya sentuh keldai, comel keldai tu.
Kami singgah untuk bermalam dirumah satu orang karkun. Dimasakkan kami ayam goreng,,ALLAHUAKBAR ....dah lama kami tidak jumpa makanan sesedap ayam ini. Sepanjang masa, makan roti , nasi berlaukkan lada, maggi. Keesokan harinya selepas kami berjalan selama 3 jam, barulah jumpa kenderaan- Jip . Perjalanan seterusnya memakan masa 6 jam menuju ke markaz Chitral. Sepanjang perjalanan kami berdiri di bahagian belakang jip, ditambah lagi dengan cuaca yang panas. Muka masing-masing dah naik hitam.
Dari markaz Chitral, sebelum pulang ke Raywind, sempat kami bertemu dengan jemaah Malaysia yang sedang Khuruj di kawasan itu. Rupa-rupanya mereka adalah teman kami dari Jepun, Bukhari, Hanif, Zuhairi dan 2 orang ustaz dari Malaysia (UstazJohari_Jerantut dan Ustaz Azmi_Kubang Bujuk).
Tuan-tuan,
Banyak perkara yang dapat dipelajari di sana. Kita pergi dengan niat untuk perbaiki diri, iman dan amal. Niat untuk belajar melihat kebaikan orang dan melihat keburukan diri sendiri. Dan banyak lagi......Eldest sering berpesan "Kita adalah Khalifah Allah, Naib Nabi dan Waris Quran. Maksud hidup adalah untuk dakwah ". Sejauh mana pengorbanan dibuat untuk agama, sejauh itulah kefahaman agama akan datang . Sebagai Student, jagalah pelajaran, sebab itu juga adalah amanah. Be the best student and best in dakwah.
" Kita buat usaha seperti unta..jalan steady, perlahan, istiqomah, apa-apa yang berlaku buat dekk jer..dan jangan buat usaha macam kuda..lari kuat-kuat pastu letih...istiqomah and jaga study", pesan ustaz Fatah yg belajar kat SHAHRANPUR.
" Buat usaha sungguh-sungguh, buat usaha sungguh-sungguh, banyak amalkan sunnah biar orang Jepun tengok dapat hidayat", .pesan ustaz Johari.
Tuan-tuan yang belum lagi Khuruj 40 hari, buatlah niat saat ini. Kena Khuruj secepat yang boleh.
40 hari on spring or summer vocation dan 4 month after study...at least dapat bagi masa untuk keluar 3 hari jor student nanti. (28 dec).
Saya insyaallah sedia untuk keluar lagi dan lagi sampai saya tiada lagi....Bagaimana dengan tuan-tuan, sedia Insya Allah?


posted by eksp  # 11:50 PM

Archives

01/01/2004 - 02/01/2004   02/01/2004 - 03/01/2004   03/01/2004 - 04/01/2004  

This page is powered by Blogger. Isn't yours?